fbpx

Pelakon didakwa pukul kekasih selesai beri keterangan ditemani bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, Ahad lalu telah selesai memberikan keterangan.

Lelaki berusia 30-an itu hadir memberikan keterangan ditemani bapanya sekitar pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berkenaan hanya diambil keterangan sahaja dan tiada tangkapan dilakukan.

“Pelakon terbabit telah hadir memberi keterangan kepada pegawai Penyiasat sekitar pukul 9 malam tadi ditemani bapanya.

“Rakaman percakapan kakak mangsa juga telah diambil,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Jelas beliau, kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis gagal menghubungi pelakon lelaki terbabit termasuk melalui aplikasi WhatsApp untuk proses merakam percakapan.

Tindakan tersebut diambil selepas Perintah Untuk Menyiasat (OTI) diperoleh.

7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini sekitar pukul 4 pagi.

Suspek dipercayai memukul pengadu kerana tak puas hati wanita tersebut keluar dengan kakaknya tanpa minta izin suspek.

Lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI