fbpx

Aliff, Ruhainies berbalas emoji merpati, bentuk hati warna putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas dihambat dengan kontroversi tangkap khalwat, nama dua pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz berterusan menarik perhatian ramai dalam media sosial.

Terbaharu, kedua-duanya dilihat menggunakan emoji yang sama iaitu burung merpati dan bentuk hati berwarna putih dalam perkongsian InstaStory masing-masing baru-baru ini.

Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 33, berkongsi video persembahannya pada pada program All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang disertainya tahun lalu.

Pelantun lagu Sayang Sayang itu berkongsi lirik lagu Penghujung Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah yang turut disertakan dua emoji tersebut.

“Seribu tahun takkan sama, sesaat bersatu dalam nyata.

“Kerana kasihku sanggup korbankan jasad dan nyawa. 🤍🕊️”, tulisnya.

Sementara, pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, pula hanya memuat naik foto wajahnya dalam InstaStory dan tetap mengggunakan dua emoji tersebut.

Persamaan tersebut mengundang tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka sehingga hari ini.

Sebelum ini, mereka juga dilihat kerap menggunakan emoji bunga mawar layu dalam perkongsian InstaStory masing-masing.

Aliff sebelum ini pada prosiding bacaan pertuduhan tangkap khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 Julai lalu memberitahu hubungannya dengan Ruhainies dalam keadaan baik dan tiada keperluan untuk bermusuhan.

Terdahulu, pada 3 Julai lalu, dua pelakon itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Mahkamah seterusnya menetapkan prosiding seterusnya akan disambung pada 17 Oktober depan.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies kembali menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Rentetan itu, bekas isteri, Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai sebelum mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 13 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI