fbpx

9.1 juta dos vaksin Covid-19 dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9.1 juta dos stok vaksin Covid-19 pelbagai jenama telah luput di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan vaksin Covid-19 setakat 11 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, vaksin Covid-19 pelbagai jenama tersebut terpaksa dilupuskan membabitkan kerugian sebanyak RM185 juta.

“Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021, kerajaan Malaysia telah menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin Covid-19 pelbagai jenama daripada sumber perolehan kerajaan dan juga sumbangan luar.

“Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan KKM dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah sebenar vaksin Covid-19 yang terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh dan berapa anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Dzulkefly berkata, beliau bagaimanapun tidak mempunyai sebarang maksud negatif terhadap Menteri Kesihatan terdahulu apabila menyentuh mengenai jumlah kerugian tersebut.

Jelasnya, beliau memahami ketika perolehan itu dilakukan, persaingan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 adalah sangat sengit di seluruh dunia.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan menerima 26 laporan daripada sejuta membabitkan kesan sampingan serius akibat penerimaan vaksin Covid-19.

“Ia termasuk kemasukan ke dalam wad atau membahayakan nyawa. Kami mengakui dan sangat sedar serta ada pemantauan berterusan oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA)

“Setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensik bagi mengenal pasti terkait sebab musabab akan kes serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI