fbpx

Lelaki Indonesia didakwa berjudi, tiada dokumen perjalanan sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Edwin Ihsan (depan) untuk didakwa atas dua pertuduhan berjudi dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu berjudi di tempat awam dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Edwin Ihsan Sahdoni, 31, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai aksesori telefon bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berjudi di tempat awam iaitu di sebuah kedai aksesori telefon di Kampung Gertak Kechupu di sini kira-kira pukul 11.45 malam pada 27 Jun lalu.

Edwin Ihsan didakwa mengikut seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa tidak memiliki sebarang pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini di lokasi dan masa yang sama pada 1 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI