fbpx

Kesuma diminta bentang hasil audit bebas terhadap HRD Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembentangan itu perlu dibuat apabila Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan pada September ini.

“PAC menyambut baik atas tindakan proaktif Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong melaksanakan pengauditan bebas terhadap HRD Corp.

“PAC dimaklumkan Kesuma akan melantik firma audit bebas pada 31 Julai 2024 untuk melaksanakan pengauditan terhadap HRD Corp dan ia langkah tepat dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Parlimen hari ini.

Mas Ermieyati berkata, langkah proaktif kesuma itu juga membuktikan bahawa Menteri Sumber Manusia berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran dalam isu tersebut.

Kata beliau, kesanggupan Steven Sim untuk membuat keputusan melantik firma audit bebas untuk melakukan pengauditan perlu menjadi contoh kepada menteri kabinet yang lain.

Steven Sim dalam satu kenyataan semalam berkata, Kesuma akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas HRD Corp.

Beliau dipetik berkata, audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu dibangkitkan dalam laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan PAC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI