fbpx

Copa America: Penyerang Liverpool ‘koyak’ Uruguay kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwin Nunez (kanan, tengah) berusaha untuk mendekati penyokong Colombia yang melakukan provokasi pada aksi separuh akhir Copa America sebentar tadi.

CHARLOTTE – Kemenangan Colombia ke atas Uruguay di pentas separuh akhir Copa America hari ini dicemari insiden pergaduhan membabitkan Darwin Nunez dan sebahagian penyokong mereka dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bank of America itu.

Penyerang Liverpool itu dirakam melemparkan beberapa tumbukan ke arah penyokong Colombia selepas tamat perlawanan tersebut menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.

Beberapa petugas keselamatan turut dilihat terpaksa menahan penggempur Uruguay itu yang kelihatan begitu kecewa kerana gagal membantu pasukannya apabila tewas 0-1 kepada Colombia, sekali gus kempunan ke pentas final edisi kali ini.

Insiden pertelingkahan itu tidak hanya melibatkan Nunez apabila empat rakan sepasukannya, Jose Gimenez, Ronald Araujo, Sebastian Caceres dan Maximiliano Araujo turut dilihat berada dalam situasi tersebut.

Difahamkan, kemarahan para pemain Uruguay terutamanya Nunez adalah disebabkan bimbang terhadap keselamatan keluarga mereka selepas didakwa ‘diserang’ oleh sekumpulan penyokong Colombia.

“Ini satu malapetaka kerana keluarga kami berada dalam bahaya. Tiada seorang pun pegawai polis berada di situ,” kata Gimenez.

Sementara itu, pengendali Uruguay, Marcelo Bielsa menjelaskan, beliau tidak melihat insiden berkenaan kerana telah memasuki bilik persalinan sejurus tamat aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI