fbpx

Pekebun direman kes jajan racun tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekebun berusia 33 tahun dibawa anggota polis ke Mahkamah Kulim, hari ini untuk proses reman.

KULIM – Seorang pekebun yang ditahan bagi membantu siasatan kes keracunan melibatkan dua kanak-kanak di Kampung Padang Ubi, Labu Besar,di sini direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad pagi ini.

Siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 berhubung pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana cuai.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kulim pada pukul 8 pagi dengan berpakaian baju lokap.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan di kawasan Lubuk Buntar, Bandar Baharu semalam.

“Suspek yang berasal dari Kampung Padang Ubi tidak mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI