fbpx

YouTuber cilik Ryan’s World raih RM119 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTIN, Texas – Budak ber­umur sembilan tahun, Ryan Kaji berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai Bintang YouTube Penerima Bayaran Ter­tinggi 2020 oleh majalah Forbes bagi tahun ketiga berturut-turut.

Portal People.com baru-baru ini melaporkan Ryan menerusi saluran YouTube, Ryan’s World menewaskan beberapa selebriti terkenal seperti Jimmy Donaldson (Mr. Beast), David Dobrik, guru solekan, Jeffree Star dan Anastasia Radzinskaya yang berumur enam tahun.

Ryan memperoleh bayaran AS$29.5 juta (RM119 juta) selepas meraih sejumlah 12.2 bilion tontonan video bagi tempoh 1 Jun 2019 hingga 1 Jun lalu.

Donaldson, pesaing baharu di YouTube meraih pendapatan AS$24 juta (RM97 juta) dengan rekod tiga bilion tontonan.

Tempat ketiga dalam senarai Forbes ialah Dude Perfect oleh lima rakan (Coby Cotton, Cory Cotton, Garret Hilbert, Cody Jones dan Tyler Toney) dengan 2.77 bilion jumlah tontonan, me­nerima bayaran AS$23 juta (RM93 juta).

Ryan (tengah) bersama bapa, Shion Kaji dan ibu, Loann serta adik kembarnya, Emma dan Kate di kediaman mereka. – Instagram

Radzinskaya pula menerima AS$18.5 juta (RM75 juta) bagi tempoh sama namun, tiada data tontonan didedahkan.

Ryan menyertai YouTube pada 2015 menerusi saluran Ryan Toys Review bertukar nama kepada Ryan’s World pada Oktober 2019 dengan meluaskan jenama itu kepada produk pakaian serta permainan.

Forbes melaporkan sebahagian besar perolehan Ryan ialah ‘tawaran pelesenan untuk lebih 5,000 produk Ryan’s World termasuk adiwira hingga ke hiasan dalaman bilik tidur.

Ryan’s World turut mengeluarkan jenama pelitup muka sendiri pada awal tahun ini.

Ryan’s World mempunyai seramai 41.7 juta pengikut iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu (23 juta pengikut). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI