fbpx

Najib jumpa warga emas doakan Allahyarham bondanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib memuat naik gambar ketika bertemu Rusli di laman Facebooknya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi rasa gembira selepas bertemu dengan seorang warga emas yang tular di laman sosial ketika menghadiahkan doa untuk bondanya, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah baru-baru ini.

Najib melalui Facebooknya sebentar tadi turut berterima kasih kepada netizen yang dikatakan telah membantu menjejak individu tersebut.

“Akhirnya, bertemu juga kami. Kuasa media sosial. Terima kasih ‘Jabatan Netizen’ bantu.

“Ada sahabat Facebook saya yang ternampak Rusli Md. Udin berdoa di luar masjid ketika pengurusan dan pengebumian jenazah bonda. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan merahmatinya,” katanya di laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, satu status di laman sosial Twitter seorang netizen, Azman Hassan menjelaskan warga emas itu datang berjalan kaki dari Kampung Baru ke Masjid Negara dan pernah bekerja di rumah Allahyarham Tun Rahah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI