fbpx

Jenazah Akil Syauqi disembahyangkan di Surau Lebai Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Akil Syauqi didukung datuk saudaranya ke dalam Surau Lebai Ahmad di Kampung Banggol Berangan, Baling malam ini

BALING – Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, tiba di Surau Lebai Ahmad di Kampung Banggol Berangan di sini pada pukul 8.40 malam tadi untuk disembahyangkan.

Jenazah didukung datuk saudara, Che Man Latif yang tiba dengan sebuah kenderaan ke dalam surau.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan bersebelahan surau selepas solat isyak.

Muhammad Akil Syauqi yang kritikal akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim dekat sini pada Ahad lalu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi tadi.

Sementara adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan masih kritikal dan sedang dirawat di hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI