fbpx

Tiga kereta terbakar di Kompleks Parkir Bertingkat LRT Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba memadamkan kebakaran kereta jenis Proton Persona dalam kejadian di Kompleks Parkir Bertingkat, Stesen LRT Gombak, Taman Melati, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Sebanyak tiga buah kereta dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kompleks Parkir Bertingkat, Stesen LRT Gombak, Taman Melati, di sini, hari ini.

Kebakaran tersebut melibatkan kereta jenis Proton Persona, Honda CRV dan Toyota Vios.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu sekitar pukul 3.47 petang.

Jelasnya, seramai tujuh anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bagi proses memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran membabitkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di ruangan parkir tingkat tiga.

“Kebakaran didapati tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan kepulan asap tebal daripada Kompleks Parkir Bertingkat, Stesen LRT Gombak, Taman Melati, di sini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI