fbpx

Dicabul warga asing dua hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja di gerai sebuah pusat beli belah di Bandar Bestari di sini mendakwa dicabul lelaki warga asing selama dua hari berturut-turut pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal polis mendapati suspek berusia lingkungan 40-an menghampiri mangsa di gerai itu kira-kira pukul 3.30 petang.

“Suspek kemudian didakwa menyentuh dan meraba peha selain mahu mengoyakkan seluar jeans gadis tersebut. Pada pukul 11 pagi keesokkan harinya (Ahad), mangsa didatangi lelaki sama yang menyentuh bahunya sebelum mangsa bertindak menepis dan memarahi suspek,” katanya hari ini.

Hoong Fong berkata, polis sedang berusaha mengesan lelaki dikenali sebagai Schin dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI