fbpx

60,217 anak autisme berdaftar JKM di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tengah) ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ekspo Enfagrow A+ MindPro: Future Ready A+ Kids, di Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOF

PETALING JAYA – Seramai 60,217 penghidap autisme berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 30 Jun 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setiap tahun mengalami pertambahan pendaftaran sekali gus membuktikan kesedaran ibu bapa yang memiliki anak-anak autistik semakin positif.

Bagaimanapun, beliau yakin jumlah anak-anak autistik di negara ini lebih tinggi daripada rekod sedia ada disebabkan terdapat sebilangan besar ibu bapa yang masih ‘in denial’ keadaan anak-anak mereka.

Mengulas mengenai permintaan penubuhan pusat autisme di negara ini, beliau berkata, kerajaan masih meneliti keperluan tersebut dan memerlukan satu tempoh masa untuk menyediakan kemudahan terbabit.

“Bagi saya itu adalah good move (tindakan terbaik tubuh pusat autisme). Tapi nak berjanji tak boleh sebab ke arah perlaksanaan tersebut ia memerlukan masa. Sekarang adalah masa terbaik untuk adakan lebih banyak kolaborasi bersama pihak swasta untuk betul-betul fokus kepada keperluan autisme,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ekspo Enfagrow A+ MindPro: Future Ready A+ Kids, di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahrudin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 30 pusat jagaan autisme untuk menampung jumlah kanak-kanak istimewa itu dan meringankan beban ibu bapa.

Katanya, setakat ini hanya terdapat 17 pusat jagaan autisme dimana jumlah tersebut amat membimbangkan kerana ia tidak selari dengan keperluan ibu bapa yang mahukan penjagaan serta rawatan terbaik untuk anak-anak autistik mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI