fbpx

Hukuman jel setahun pembuli siber tidak memadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hukuman penjara setahun dalam peruntukan undang-undang dianggap terlalu ringan.

PETALING JAYA – Pembuli siber perlu dikenakan hukuman yang lebih berat setimpal de­ngan kesan dan trauma yang dialami oleh mangsa.

Peguam Muhammad Amin Abdullah berkata, ketika ini kesalahan buli siber boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 de­ngan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan buli siber.

“Sebab kesan buli siber ini berpanjangan dan memudaratkan mental serta reputasi mang­sa buli.

“Jadi hukuman yang wajar adalah hukuman yang bersifat mendidik dan berbentuk pe­ngajaran kepada masyarakat lebih-lebih lagi kita sekarang hidup dalam dunia tanpa sempadan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Muhammad Amin, hukuman penjara ke atas pembuli siber hendaklah memberi mesej kepada masyarakat umum bahawa tindakan perbutana itu tidak boleh dijadikan amalan dalam kalangan pengguna media sosial.

“Pada saya, kerajaan perlu membuat pindaan ke atas hukuman sedia ada sekiranya pembuli siber mendatangkan kece­deraan mental yang teruk kepada mangsa mereka.

“Hukuman perlulah dilihat sebagai adil dan saksama bergantung kepada penilaian mahkamah terhadap fakta kes, kesan kepada mangsa buli dari segi mental dan bentuk-bentuk buli siber yang berlaku,” ujar­nya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pembuli siber boleh dirujuk di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

“Bagi Seksyen 506, ada beberapa bahagian, kalau intimidasi itu berupa ugutan untuk menyebabkan kematian (bunuh) atau kesakitan atau kemusnahan harta benda melalui api (kebakaran), hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun.

“Contoh, kalau buli siber ini berbentuk ancaman seperti bunuh atau kata-kata lucah yang memalukan, hukuman perlulah lebih berat dan setimpal dengan perlakuan pembuli,” jelasnya.

Jumaat lalu, seorang pempengaruh, A Rajeswary atau Esha maut dipercayai menjadi mangsa buli di TikTok.

Susulan itu, seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung fitnah dan melakukan ugutan terhadap si mati susulan laporan polis dibuat pengguna TikTok pada Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI