fbpx

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen kurangkan kesalahan berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) melihat seorang banduan menenun songket di Penjara Marang hari ini.

MARANG – Pelaksanaan program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) iaitu padanan bekas banduan di tempat kerja sebaik keluar dari penjara berjaya menurunkan kadar kesalahan berulang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya seorang daripada setiap 800 bekas banduan kembali dihumban ke penjara sejak pelaksanaan program tersebut pada empat tahun lalu.

Beliau berkata, program PBSL berkenaan membenarkan banduan yang menjalani hukuman pemenjaraan bawah tiga tahun dibebaskan lebih awal menerusi tiga kriteria iaitu parol, perintah kehadiran wajib dan PBSL.

“Setelah pelepasan awal dan ditempatkan di tempat kerja, prospek (bekas banduan) tersebut tidak lagi terjebak dengan isu pengangguran.

“Prospek yang diberi pelepasan awal dan dipadankan dengan majikan akan menerima sekurang-kurangnya gaji minimum untuk membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

“Kesesakan di penjara juga boleh dikurangkan selain menjimatkan belanja kerajaan,” katanya di Penjara Marang di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri program PBSL membabitkan 120 prospek di dengan 37 kembali ke pangkuan keluarga manakala bakinya dipadankan dengan majikan.

Saifuddin Nasution berkata, sebelum pengenalan PBSL, kadar banduan berulang adalah lebih tinggi iaitu 13 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI