fbpx

Kalah PRK Sungai Bakap bukan sebab isu diesel – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang akhbar di Hotel Hilton, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh FIRDAUS

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar punca kekalahan Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap minggu lalu.

Jelas Rafizi, jika benar faktor pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar punca kekalahan calon Kerajaan Perpaduan, sepatutnya Perikatan Nasional (PN) berjaya menambah jumlah pengundi Melayu mereka dalam PRK tersebut.

“Tetapi tidak. Ia kekal sama seperti tahun lepas, pengundi Melayu yang menyokong PN masih sama walaupun sebelum skim subsidi diesel bersasar dilaksanakan.

“Keadaan ini tetap sama (pengundi Melayu). Kami berada di mana kami berada setahun yang lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat bersama pengurusan tertinggi JZ-SEZ yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, terdapat keperluan untuk melihat keputusan PRK Sungai Bakap itu secara menyeluruh sebelum menentukan sebab sebenar kekalahan tersebut.

“Masih terlalu awal untuk menyimpulkan punca sebenar kekalahan itu kerana ‘parameternya’ masih tidak jelas,” katanya.

Terdahulu, calon PN, Abidin Ismail telah diumumkan memenangi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.

Keputusan berkenaan menyaksikan gabungan PN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu dengan majoriti yang lebih besar.

Abidin yang meraih 14,489 undi menewaskan pencabar tunggalnya daripada Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI