fbpx

Euro 2024: Aksi goyah Perancis ‘makan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS turun dengan aksi goyah sepanjang kempen kali ini sekali gus menyaksikan mereka tersingkir di separuh akhir Euro 2024 apabila tewas berdepan Sepanyol. - AFP

MUNICH – Pengendali Perancis, Didier Deschamps enggan menuding jari kepada dua bintang utamanya, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann selepas tewas 1-2 kepada Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2024 di Allianz Arena, awal pagi semalam.

Pada edisi kali ini, Les Bleus berdepan isu di jentera serangan apabila hanya menghasilkan empat jaringan, namun dua daripadanya adalah terhasil menerusi gol sendiri pemain lawan.

“Saya bertanggungjawab di atas kegagalan kali ini. Sepanyol mempunyai kualiti dan apabila menentang mereka, kami perlu berada di tahap terbaik.

“Saya tidak mencari alasan, namun persiapan kami sedikit terjejas tanpa Aurelien Tchouameni dan Adrien Rabiot yang cedera, manakala Dayot Upamecano tidak berada pada keadaan terbaik.

“Bagaimanapun, kami boleh dikatakan bernasib baik kerana berjaya memperoleh gol pertama. Kami berjaya mengatasi isu tekanan dan cuba untuk jadi lebih klinikal tetapi ia terlalu sukar buat kami,” katanya.

Terdahulu, Perancis memulakan perlawanan dengan baik apabila membka jaringan seawal minit kesembilan menerusi Randal Kolo Muani tetapi La Roja bangkit memperoleh dua gol daripada Lamine Yamal dan Dani Olmo.

Deschamps menjelaskan Sepanyol adalah pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan dan dia tidak boleh lagi merungut dengan persembahan pemainnya.

“Saya tidak boleh merungut dengan prestasi pemain kerana mereka tidak berada pada tahap 100 peratus dengan pelbagai alasan,” jelasnya.

Pada perlawanan itu juga, Deschamps turut memberikan peluang kepada pemain veteran pasukan itu, Olivier Giroud membuat penampilan terakhir bersama Les Bleus selepas aksi debut menentang Uruguay pada 2012. – AGENSI

11

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI