fbpx

Tidak pernah pinggir Terengganu, peruntukan RM7.23 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) merasmikan Loji Janakuasa Hibrid Cypark sambil diperhatikan Ahmad Samsuri (dua dari kanan) di Merchang, Marang hari ini.

MARANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan kerajaan negeri Terengganu dengan RM7.23 bilion disalurkan pada tahun ini.

Katanya di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, peruntukan pembangunan tersebut lebih tinggi berbanding peruntukan yang diterima negeri itu pada 2022.

“Tidak benar Terengganu tidak diberi perhatian. Pada tahun 2024, peruntukan kita tambah daripada RM5.9 bilion (pada tahun 2022) kepada RM7.23 bilion untuk keseluruhan pembangunan, maksudnya bertambah.

“Saya beri jaminan kepada Menteri Besar (Ahmad Samsuri )kalau ada cadangan yang baik dan selari dengan dasar bersama, kita akan laksanakan,” katanya sewaktu merasmikan majlis pelancaran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Merchang di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan Persekutuan juga tidak pernah memingkirkan mana-mana kerajaan negeri termasuk Terengganu dalam penentuan keutamaan pelaksanaan projek.

“Kadang-kadang keutamaan di peringkat Persekutuan tidak sama dengan negeri, kita ubah suai untuk memenuhi keperluan tersebut.

“Keutamaan yang sering saya tekankan ialah mesti menyantuni rakyat paling susah, noktahkan kemiskinan tegar dan mengurangkan beban rakyat seperti melaksanakan projek tebatan banjir,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI