AROMA buluh meresap ke dalam daging ayam, sekali gus memekatkan lagi rasa rempah pada hidangan ayam pansuh itu. Setiap kunyahan ayam menerbitkan rasa rempah tradisi yang enak lagi memikat selera. Lauk yang dimakan bersama nasi putih panas itu turut mengandungi timun, sayur dan sambal. Untungnya, pelanggan tidak perlu terbang jauh untuk merasai masakan popular dalam kalangan etnik Iban di Sarawak itu. Sebaliknya, mereka boleh menikmati hidangan tersebut dengan versi halal di Seni Patisserie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Menurut pemilik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya