fbpx

Ibu pemilik kebun minta maaf, beritahu anak lelaki letak racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akil Syauqi yang dirawat di PICU HPP dimaklumkan meninggal dunia pagi tadi.

GEORGE TOWN – Ibu kepada pemilik kebun dikatakan ada menghubungi ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas termakan jajan disaluti racun tikus bagi permohonan maaf atas tindakan anak lelakinya itu, semalam.

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada jirannya itu kira-kira pukul 10 malam.

“Ibu pemilik kebun telefon dan meminta maaf, anak lelaki dia letakkan racun itu. Saya pun kata tak apalah benda dah berlaku.

“Kita pun tak tahu nak kata apa lagi, kita cuma harap benda baik sahaja,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, Muhammad Akil disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi selepas bertarung nyawa lebih 72 jam manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi,2, masih kritikal i Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI