fbpx

‘Doakan seorang lagi cucu saya yang masih bertarung nyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saadiah di samping suami, Muhammad Nazar Abdullah yang menunjukkan gambar Muhammad Luth Syauqi yang masih bertarung nyawa di HPP, Pulau Pinang.

KULIM – Nenek kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus reda dengan kejadian yang meragut nyawa cucu kesayangannya itu.

Saadiah Yaacob, 62, berkata, meskipun masih bersedih dan sukar menerima kehilangan cucu, dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Ilahi.

“Seorang cucu saya sudah tiada, mungkin Allah lebih sayangkan dia. Kami sekeluarga kini hanya mampu berdoa agar adiknya, Muhammad Luth Syauqi yang masih bertarung nyawa di hospital kembali pulih,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Muhammad Luth Syauqi dilaporkan masih dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dia pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada jiran yang membantu menghantar dua cucunya ke Klinik Kesihatan Malau sejurus kejadian.

Sementara itu, menurut sumber siasatan, polis perlu menunggu hasil bedah siasat kanak-kanak tiga tahun itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) berkaitan kes pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi kritikal selepas makan jajan yang dicampur racun tikus di rumah mereka di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim pada Ahad lalu. Jajan itu dicampur dengan racun tikus oleh pekebun bagi memerangkap monyet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI