fbpx

Mayat pendaki hilang 22 tahun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stampfl dan dua rakannya tertimbus akibat runtuhan salji ketika mendaki Gunung Huascaran. - Koha

LIMA – Mayat seorang pendaki yang dilaporkan hilang 22 tahun lalu ditemui di sebalik lapisan ais mencair di sebuah gunung di Peru, lapor akhbar The Sun UK.

Pada Jun 2002, William Stampfl dan dua rakannya tertimbus akibat runtuhan salji ketika mendaki Gunung Huascaran.

Pencarian mayatnya ketika itu tidak membuahkan hasil apabila jasadnya terkubur di bawah salji gunung tersebut selama dua dekad.

Jasad Stampfl kini ditemui dalam keadaan masih baik berikutan pencairan ais yang berlaku di banjaran Andes Cordillera Blanca.

Ia ditemui dengan pakaian yang masih elok, tali keselamatan dan kasut mendaki, di samping beberapa barangan milik lelaki tersebut seperti pasport Amerika Syarikat (AS).

Stampfl memulakan perjalanan selama 19 hari dari California, AS ke puncak tertinggi di Peru itu bersama Steve Erskine dan Matthew Richardson.

Namun, runtuhan salji yang berlaku pada 24 Jun 2002 telah mengganggu pendakian mereka, menyebabkan jasad-jasad pendaki tersebut terkubur di situ.

Sebelum ini, hanya jasad Erskine ditemui, menjadikan jasad Richardson kekal hilang sehingga kini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI