fbpx

Kerajaan jamin pengeluaran fleet card SKDS dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan memastikan proses pengeluaran ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dipercepat.

Ia susulan terdapat rungutan tentang isu kelewatan bagi pengeluaran kad tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia berlaku berpunca daripada kelewatan syarikat minyak terlibat.

Sedangkan katanya, kelulusan oleh kementerian boleh diberi serta-merta sebaik sahaja dokumen yang dikemukakan lengkap.

Ia berikutan sistem berkaitan sudah diselaraskan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Saya akui masalah kelewatan ‘fleet card’ oleh syarikat minyak dan kita teruskan interaksi dengan mereka untuk pastikan ia lebih cepat dikeluarkan.

“Selain bayaran balik, kita dan Kementerian Kewangan akan permudahkan prosesnya selain minta syarikat minyak laksanakan penggunaan ‘cash card’ sementara menunggu ‘fleet card’ dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH – Kota Melaka) yang memberitahu ada menerima aduan berkaitan fleet card yang lambat dikeluarkan ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI