fbpx

[VIDEO] Muhammad Akil hembus nafas terakhir selepas bacaan Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurain ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – “Saya sempat membacakan surah Yasin kepada abang (panggilan kepada Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan) sebelum dia perlahan-lahan ‘pergi’ tinggalkan saya.”

Demikian luahan Nurain Hasnorizal, 25, ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang maut selepas termakan jajan yang disaluti racun tikus di Kulim, Kedah pada Ahad lalu.

Muhammad Akil disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Nurain berkata, sejak semalam doktor sudah memaklumkan yang keadaan kesihatan anak sulungnya itu merosot dan meminta ahli keluarga supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

“Sejak malam tadi saya memang tidak tinggalkan abang, tetapi dia memang tidak memberikan apa-apa respon.

“Pagi tadi saya membacakan surah Yasin di sisi abang, perlahan-lahan dia pergi tinggalkan saya. Selepas saya selesai membacakan surah Yassin abang pergi, saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan HPP hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas memakan makanan ringan yang dicampur racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Kanak-kanak itu memakan jajan dalam plastik yang digantung berdekatan rumah mereka.

Dalam pada itu, Nurain memberitahu, anak sulungnya merupakan seorang yang manja.

“Kalau saya nak pergi kerja, dia akan menangis tetapi Sabtu lepas dia tidak menangis.Dia cuma lambai ketika saya naik motosikal dan pegang adiknya,” katanya.

Menurut Nurain, dia turut bersedih melihat keadaan Muhammad Luth yang sedang bertarung nyawa di HPP.

“Saya tidak boleh tengok keadaan adik macam ini. Adik koma, saya tak pasti lagi keadaan dia macam mana, tunggu jawapan doktor,” katanya.

Beritahu Nurain, ibu pemilik kebun itu yang juga jiran mereka ada menghubunginya pada pukul 10 malam semalam.

“Ibu pemilik kebun itu meminta maaf, anak lelaki dia yang meletakkan racun itu, saya pun kata tak apalah benda dah berlaku. Kita pun tak tahu nak kata apa lagi, kita cuma harap benda baik sahaja,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI