fbpx

3,269 senjata api dirampas di lapangan terbang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang beratur di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang John F. Kennedy, New York pada 8 Januari lalu. - AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) menyatakan bahawa lebih 3,000 senjata api dirampas di seluruh pusat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) pada separuh pertama tahun ini, lapor agensi berita United Press International.

Ia melibatkan 3,269 senjata api sehingga 30 Jun lalu.

Secara purata, sebanyak 19 senjata api dikesan setiap hari di pusat-pusat pemeriksaan TSA dengan 94 peratus dilaporkan berisi peluru, kata pegawai.

Tambah TSA, dalam lapan hari pertama bulan ini, tambahan 166 senjata api telah dirampas. 

Ia menjadikan jumlah rampasan sebanyak 3,435 senjata api setakat 8 Julai lalu. Jumlah itu lebih tinggi berbanding pada April tahun lalu apabila sebanyak 1,508 senjata api dirampas.

Rampasan itu berlaku selepas bilangan pelancong yang tiba di AS dilaporkan mencapai tiga juta orang setakat Ahad lalu sekali gus mencatatkan rekod baharu.

Menurut Pentadbir TSA, David Pekoske, pihaknya bekerja keras untuk memastikan sistem pengangkutan selamat ketika jumlah pengembara yang ramai memasuki AS.

“Timbul kebimbangan keselamatan sebenar untuk pekerja barisan hadapan dan pengembara ketika mereka (anggota TSA) mengesan senjata api di lapangan terbang,” katanya.

Pekoske turut mengingatkan pengembara udara bahawa untuk membawa senjata api melalui pusat pemeriksaan TSA, terdapat beberapa prosedur yang telah ditetapkan.

Peraturan di AS menetapkan senjata api perlu disimpan di dalam bagasi penumpang yang didaftarkan dan perlu diisytiharkan kepada syarikat penerbangan semasa beg diperiksa di kaunter tiket penerbangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI