fbpx

Wanita OKU rentung dalam kebakaran tiga rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Lorong Bahagia Tengah 1, Jalan Teku, Sibu pada pagi tadi.

SIBU – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) rentung dalam kebakaran yang meranapkan tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Lorong Bahagia Tengah 1, Jalan Teku di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Kong Kim Ngin berusia 52 tahun.

Menurutnya, kejadian dilaporkan pada pukul 8.04 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sg. Merah dan BBP Sibu Sentral segera digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati tiga buah rumah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang mangsa rentung dijumpai berhampiran dengan pintu bilik di salah sebuah rumah kira-kira pukul 9.27 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, kejadian tersebut menjejaskan seramai 26 orang penghuni dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI