fbpx

Pemandu OKU lesen A/A1 tidak dibenar mohon lesen PSV e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dasar semasa Pelesenan Pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam hanya membenarkan pemegang Lesen Memandu (LMM) Kelas D/ DA untuk memohon Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) e-hailing.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata, pemegang LMM Kelas A/A1 pula tidak dibenarkan untuk memohon Lesen Vokasional bagi apa-apa kelas.

“Di bawah Seksyen 30, Akta Pengangkutan Jalan 1987 mensyaratkan seorang pemohon perlu membuat akuan dalam borang yang ditetapkan sama ada atau tidak dia menghidap apa-apa penyakit atau ketidakdayaan jasmani yang mungkin menyebabkan pemanduannya menjadi suatu punca bahaya kepada orang lain.

“Walau bagaimanapun, dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori pendengaran dan, atau pertuturan yang memiliki Kad OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memegang LMM Kelas D/DA untuk memohon Lesen Vokasional PSV e-Hailing dengan pengesahan kesihatan daripada pengamal perubatan berdaftar,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Chen (PH-Subang), yang meminta dinyatakan garis panduan untuk membenarkan pemandu OKU dengan lesen A/A1 untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing, dan rancangan kerajaan untuk mengubah garis panduan bagi membenarkan mereka mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut menjawab soalan tambahan Wong Chen berkaitan kes seorang pemandu OKU yang dipukul pengiring kerabat diraja Johor, baru-baru ini.

“Kes berkenaan kini di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi pemandu OKU khususnya yang pekak, sudah ada dasar yang membenarkan mereka memandu.

“Banyak juga pemandu pekak yang sudah diberikan kelulusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI