fbpx

Sedar-sedar sudah sesat dalam hutan gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta dipandu seorang lelaki sesat di Puncak Strawberry, Utah. - Foto New York Post

WASHINGTON – Seorang lelaki diselamatkan dari lereng sebuah gunung di Utah, Amerika Syarikat selepas dia tersesat kerana mengikut laluan pintas yang disyorkan oleh Google Maps, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun tersebut terkandas di kawasan gelap selepas leka mengikut laluan yang disyorkan oleh aplikasi pemetaan itu.

Lelaki yang tidak dinyatakan namanya itu memandu kereta miliknya melalui jalan bertanah sehingga ke Puncak Strawberry. Dia ketika itu dalam perjalanan dari Springville ke Vernal pada 4 Julai lalu, kata pegawai Mencari dan Menyelamat Daerah Wasatch.

Namun, kereta dipandunya tidak dapat melalui laluan yang kasar sebelum dia mendapati bahawa dirinya sudah terperangkap dalam hutan yang gelap sejurus sebelum pukul 12.40 tengan malam (waktu tempatan), kata pegawai.

Lelaki tersebut kemudian menghubungi talian kecemasan 911 sebelum pasukan mencari dan menyelamat bertindak balas.

Misi menyelamat mengambil masa selama tiga jam yang menyaksikan anggota-anggota penyelamat membawa pemandu tersebut menuruni gunung ke tempat selamat.

Lelaki tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI