fbpx

Pengarah hairan filem Hong Kong sekarang tak macam dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herman (kiri) dan Nicholas percaya sebuah filem aksi yang baik tidak semestinya memerlukan bantuan kesan khas atau VFX.

KUALA LUMPUR  – Pengarah filem aksi Customs Frontline, Herman Yau berasa hairan mengapa filem Hong Kong zaman sekarang seperti sudah hilang taringnya berbanding zaman kegemilangan suatu ketika dahulu.

Herman, 63, berkata, sebagai seorang pembikin filem aksi yang sudah banyak mengarahkan naskhah yang mendapat tempat di hati penonton, industri filem Hong Kong mempunyai identiti tersendiri dan tidak perlu terlalu bergantung dengan bantuan kesan khas (VFX) atau teknik janaan komputer (CGI).

“Bukan kita (pembikin filem) tidak langsung menggunakan VFX atau CGI tetapi kami lebih percayakan kaedah konvensional. Saya sendiri rasa menonton filem sekarang perasaan tak sama seperti dahulu.

“Saya berharap dapat dikembalikan gaya pengarahan pembikin filem aksi Hong Kong yang memang terkenal dengan stunt atau aksi tanpa sebarang bantuan teknologi,” katanya kepada Kosmo! Online pada temu bual bersama media tempatan di Menara Khuan Choo, di sini, hari ini.

Herman Yau merupakan pengarah prolifik Hong Kong yang sudah banyak mengarahkan filem blockbuster termasuklah Shock Wave, The White Storm 2: Drug Lords dan Ip Man: The Final Fight. 

Sementara itu, pelakon utama Customs Frontline, Nicholas Tse juga senada dengan Herman bahawa tidak semua babak dalam filem aksi itu memerlukan efek VFX atau CGI.

Nicholas teruja bergandingan dengan pelakon hebat Jacky Cheung dalam filem aksi, Customs Frontline yang mula ditayangkan di pawagam bermula 5 Julai 2024. – SADDAM YUSOFF.

Katanya, bukan pembikin filem aksi Hong Kong tidak mempunyai bajet untuk menggunakan teknologi CGI atau VFX secara optimum namun mereka sendiri yang memilih untuk bergerak secara ‘tradisional’ kerana itu lebih memuaskan buat pemain filem dan juga audiens.

“Bukan kami tiada teknologi untuk menggunakan CGI. Macam dalam filem Customs Frontline sendiri ada 20,000 shots (adegan) yang kebanyakannya adalah aksi atau lagak ngeri.

“Nak menggunakan efek CGI pun perlukan bajet yang kadang-kadang kami sendiri tiada.

“Bagi saya secara peribadi, kalau pemain filem itu sudah berjaya menjayakan pergerakan dan aksi tanpa CGI, itu adalah lebih baik dan itulah apa yang membuatkan filem-filem Hong Kong sangat unik,” jelasnya.

Herman dan Nicholas berada di ibu negara bagi mempromosikan filem terbaharu, Customs Frontline yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI