fbpx

Cadangan elaun kos sara hidup pelajar tingkatan enam diperinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (empat dari kiri) bersama kakitangan KPM pada program Daurah Hadis 40 Imam Nawawi KPM Peringkat Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan cadangan penyediaan elaun kos sara hidup kepada pelajar tingkatan enam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha itu adalah inisiatif kerajaan untuk menaik taraf serta menjenamakan semula tingkatan enam.

“Oleh sebab itu ia (tingkatan enam) kini dikenali sebagai pra-universiti. Kita memberi tumpuan dari sudut pemberian elaun kepada mereka (pelajar tingkatan enam), peranan pentadbiran di peringkat kolej tingkatan enam untuk melihat kualitinya dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Daurah Hadis 40 Imam Nawawi KPM Peringkat Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPM perlu mengangkat perkara itu ke peringkat pembentangan belanjawan sebelum diluluskan Kementerian Kewangan.

“Perkembangan perincian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kerana kita yakin pendidikan tingkatan enam mempunyai potensi yang baik serta menjadi salah satu akses pendidikan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI