GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk ulat sutera tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas hari ini.
Jurucakap Maqis berkata, hasil pemeriksaan bagasi seorang penumpang dari Vietnam mendapati mengandungi 15 kilogram (kg) ulat sutera yang cuba dibawa masuk ke dalam negara.
“Ulat sutera ini di bawa masuk ke dalam negara tanpa kelulusan dan dokumen permit import yang sah.
“Barangan ini ditahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, perbuatan mengimport atau membawa masuk keluaran hasilan pertanian tanpa permit
yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum dibawah Seksyen 11(3), akta yang sama.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -KOSMO! ONLINE