fbpx

Ekspatriat pilih Indonesia berbanding Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANAMA pilihan utama untuk menjadi tempat tinggal bagi para ekspatriat asing tahun ini. - Foto AFP

WASHINGTON – Malaysia menduduki tangga ke-22 daripada 53 buah negara dalam senarai laman komuniti global InterNations sebagai negara pilihan untuk golongan ekspatriat pada  tahun ini.

Menurut majalah Forbes semalam, Panama mendaki ke puncak dengan lonjakan yang mengagumkan daripada tempat ketiga tahun lalu untuk mengungguli senarai berkenaan.

Negara itu menyingkirkan Mexico yang berada di tempat pertama pada 2023 tetapi kini jatuh ke tangga kedua. 

Sebanyak 82 peratus ekspatriat di Panama melaporkan mereka gembira dengan kehidupan  di sana, jauh melebihi purata global iaitu 68 peratus.

 Ia merupakan edisi ke-11 laporan InterNations berdasarkan maklum balas daripada lebih 12,500 ekspatriat yang mewakili 175 warganegara di 174 negara atau wilayah.

“Satu lagi kelebihan Panama adalah kualiti hidup  dengan penambahbaikan dalam subkategori perjalanan dan transit (terutamanya untuk pengangkutan awam), pilihan riadah dan penjagaan kesihatan (terutamanya untuk kemampuan, ketersediaan serta kualiti penjagaan perubatan,” kata pengasas InterNations, Malte Zeeck dalam satu temu bual. 

Tahun ini, Indonesia naik dari tempat ke-13 kepada kedudukan ketiga. 

Ekspatriat menghargai kos sara hidup rendah, penduduk tempatan yang mesra dan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan yang sangat baik, dengan 84 peratus secara keseluruhan menyatakan mereka berasa gembira.

Tempat keenam ialah Thailand dan tangga kelapan ialah Vietnam, manakala Singapura berada di kedudukan ke-30.

Sepanyol menduduki tempat keempat, Colombia (5), Brazil (7), Filipina (9) dan Emiriyah Arab Bersatu (10).

Amerika Syarikat berada di tangga ke-35, Arab Saudi (13), China (19), Britain (44) dan Kuwait (53). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI