fbpx

Agihan pendapatan ASB masih baik berbanding kadar simpanan tetap, inflasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengumuman agihan pendapatan Ama­nah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 ­Disember 2020 yang dilihat te­rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya perlu dilihat secara positif dan ambil kira daripada aspek persekitaran ekonomi yang meleset.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar tersebut sebenarnya masih dikira baik dalam keadaan yang sukar kini.

“Kita perlu melihat pada sudut pandangan yang betul untuk menilai prestasi sesuatu pelaburan itu.

“Pelabur perlu juga merujuk kepada penanda aras yang lebih mencerminkan kepada keadaan semasa. Dalam kes ASB, pe­nanda arasnya adalah kadar simpanan tetap Maybank 12 bulan iaitu 1.85 peratus.

“Selain itu, jika dilihat pada purata kadar inflasi dari tahun 1985 sehingga 2019, ia adalah 2.5 peratus setahun. Jadi pulangan ASB adalah lebih daripada kadar inflasi.

‘Ini bermaksud kuasa beli pelabur ASB adalah lebih baik,” katanya yang diminta mengulas mengenai pengumuman kadar agihan pendapatan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz secara maya di sini semalam.

Selain itu, Afzanizam me­nerangkan, pelabur perlu ­mengetahui bahawa pelaburan pokok mereka dalam amanah saham tersebut tidak akan terjejas meskipun agihan pendapatannya berkurangan.

“Tetapi jika dibandingkan dengan unit amanah yang mempunyai harga harian yang berubah-ubah dan pelabur bercadang untuk mengeluarkannya, kemungkinan pelabur akan me­ngalami kerugian kerana mungkin pada hari tersebut, harga unit tersebut lebih rendah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI