fbpx

Usap tiang surau Nabi Khidir ‘bersandar’ disiasat jabatan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan beberapa pengunjung melawat tiang dikatakan pernah menjadi tempat bersandar Nabi Khidir di sebuah surau berhampiran pusara Tokku Paloh, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang menyiasat penularan video ritual pelik mengusap tiang sebuah surau di bandar raya ini yang didakwa pernah menjadi tempat Nabi Khidir bersandar.

Surau yang terletak berhampiran pusara Tokku Paloh itu didakwa pernah dilawati nabi tersebut ketika menziarahi ulama terkenal Terengganu yang hidup antara 1817 dan 1917.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, siasatan segera dijalankan sebaik video ritual pelik itu tular di media sosial beberapa hari lalu.

“Dakwaan itu akan dirujuk kepada Jabatan Mufti Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

“JHEAT memandang serius dakwaan kewujudan fahaman itu yang dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi dua minit 58 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkunjung ke Surau Tok Ku Paloh di sini.

Beberapa pengunjung dilihat mengusap tiang didakwa menjadi tempat bersandar Nabi Khidir. – KOSMO! ONLINE

@disebaliktiraimimpi Tabaruk Tiang Tempat Bersandar Nabi Khidir Di Terengganu Malaysia #karomahwali #ahlulkalamahlulbidaah #salafusshalih #fyp #janganisapgam😆 #agamaislambukanagamakartun #tegardiatasalqurandansunnah #nabikhidir #tokkupaloh #dakwaanbatil #nabikhidirdimalaysia @Abu Mustaqim Khairul Ikhwan @DrRORA @Sidang Kalam ♬ original sound – Remy Lepat Liat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI