fbpx

6 badak sumbu mati lemas di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor badak sumbu di Taman Negara Kaziranga, Assam. - Foto AFP

NEW DELHI – Lebih 130 haiwan liar  termasuk sekurang-kurangnya enam ekor badak sumbu mati apabila banjir melanda sebuah taman negara di timur laut India, kata beberapa pegawai seperti laporan Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Taman Negara Kaziranga dalam negeri Assam mengalami banjir paling buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 117 ekor haiwan mati dalam bencana terbaharu  itu termasuk rusa, kera dan memerang.

Pada 2017, lebih 350 haiwan mati akibat banjir di taman negara sama.

Pegawai-pegawai berkata, mereka telah menyelamatkan 97 haiwan daripada lemas dalam kejadian kali ini.

25 haiwan tersebut masih diberikan rawatan, manakala 52  yang lain telah dibebaskan.

Kaziranga menjadi  ‘rumah’ kepada populasi badak sumbu tanduk satu terbesar di dunia. Haiwan itu hampir pupus pada permulaan abad ini. 

Taman negara itu diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Lebih  2,400 badak sumbu tanduk satu hidup di taman negara tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI