fbpx

Kerajaan teliti elaun kos sara hidup untuk pelajar Tingkatan Enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan penyediaan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, turut sedang dipertimbangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah elaun untuk guru penolong kanan Tingkatan Enam.

Menurut beliau, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk menarik lebih ramai pelajar menyertai Tingkatan Enam.

“Cadangan itu (bagaimanapun) masih di peringkat permulaan kerana Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024-2030 baru diputuskan Mei lalu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berkaitan soalan asal membabitkan usaha mentransformasikan pembelajaran Tingkatan Enam.

Terdahulu, Kah Woh berkata, KPM memberi tumpuan kepada aspek kemudahan dan infrastruktur pusat Tingkatan Enam selain mempertingkat sukatan pelajaran peperiksaan STPM.

Kata beliau, KPM menyenaraikan tujuh objektif termasuk menjadikan Tingkatan Enam sebagai laluan utama dan pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tambah beliau, mempertingkatkan sistem pendidikan Tingkatan Enam agar lebih menarik dan setanding dengan sistem pendidikan prauniversiti turut menjadi fokus KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI