fbpx

Hanya 29 atlet Indonesia layak Olimpik daripada 270 juta penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto AFP

PETALING JAYA – Walaupun Malaysia berada di tangga ke tiga atlet paling ramai di Asean layak ke temasya Olimpik di Perancis tahun ini, negara jiran Indonesia sepatutnya merasa malu dengan jumlah atlet mereka yang layak ke sukan sama.

Menurut laman sesawang Seasia Info, seramai 26 atlet Malaysia daripada 33 juta rakyat di negara ini layak untuk bertanding dalam acara sukan terbesar di dunia itu yang akan berlangsung di Paris tidak lama lagi.

Jumlah tersebut sekali gus meletakkan Malaysia berada di tangga ke tiga atlet teramai yang mewakili negara dalam kalangan negara Asean.

Berada di tempat pertama adalah Thailand yang berjaya membawa 51 atlet mereka ke Paris tahun ini.

Namun bagi negara yang mempunyai populasi terbesar di Asean iaitu Indonesia hanya mampu menyediakan 29 atlet mereka daripada keseluruhan rakyat negara seberang itu yang seramai 290 juta penduduk.

“Indonesia berada di tangga ke dua. Malaysia yang mempunyai kurang tujuh kali jumlah penduduk Indonesia boleh menghantar 26 atlet manakala Thailand yang mempunyai populasi tidak sebesar populasi Indonesia berjaya membawa 51 atlet ke Paris,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI