fbpx

Hilang kawalan punca Martin terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITUASI Martin terjatuh ketika perlumbaan berbaki dua pusingan meranapkan peluangnya untuk bergelar juara GP Jerman pada Ahad lalu. - AFP

SACHSENRING, Jerman – Pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin berputih mata untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila terlepas podium Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Ahad lalu.

Impian tersebut berkecai apabila Martin kehilangan kawalan di bahagian depan jentera dan tergelincir di Selekoh 1 pada pusingan kedua terakhir, sekali gus memberikan kelebihan kepada pencabar utamanya, Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati.

“Saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku. Saya rasa kami telah melakukan kerja yang luar biasa sehinggalah kemalangan itu berlaku. Ia sudah pasti mengecewakan. Sungguh malang selepas mengharungi perlumbaan yang luar biasa,” kata Martin.

Dalam masa sama, Martin menjelaskan bahawa pasukannya menghadapi banyak masalah dengan bahagian depan jentera sepanjang minggu sebelum perlumbaan bermula tetapi tidak menjangka ia menjadi penyebab utama dia terjatuh.

“Selekoh 1 adalah salah satu tempat tersebut (berbahaya), tetapi saya tidak menjangka akan terjatuh. Jadi sekarang kami hanya perlu terus pandang ke hadapan dan sudah pasti kami perlu menerima keputusan ini,” tambah Martin.

Martin mempunyai masa rehat yang panjang untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum turun beraksi di Litar Silverstone bagi GP Britain awal bulan depan dengan defisit 10 mata di belakang Bagnaia.

Sebagai rekod, Martin kini menduduki tangga kedua carta keseluruhan pelumba dengan 212 mata, manakala pelumba Gresini Racing, Marc Marquez di tempat ketiga menerusi 166 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI