fbpx

Euro 2024: Formasi klasik Koeman berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALD KOEMAN

DORTMUND – Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman mengakui para pemainnya telah berjaya memadam rasa ragu-ragu banyak pihak terhadap pasukan itu apabila mereka berjaya menempah slot kelompok empat pasukan terbaik.

Aksi separuh akhir di Signal Iduna Park awal pagi esok menyaksikan The Oranje perlu berdepan England untuk memburu status final Euro 2024 selepas mereka gagal mara sejauh itu dalam empat edisi terakhir.

Kali terakhir mereka mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2000 dan 2004, namun mereka berharap bumi Jerman mampu memberikan mereka satu lagi tuah selepas muncul juara pada edisi 1988 di negara itu sekali gus kejuaraan tunggal diraih setakat ini dalam saingan tersebut.

Koeman percaya aksi kebangkitan luar biasa yang dipamer ketika mereka ketinggalan menentang Turkiye sebelum meraih kemenangan 2-1 adalah bukti yang jelas bahawa tuduhan bahawa para pemainnya tidak mempunyai ‘hati’ untuk beraksi dalam saingan kali ini.

“Kami ada sebuah negara kecil yang mengiringi England, Perancis dan Sepanyol mara ke separuh akhir. Itu membuatkan kami berasa bangga. Jika kami berjaya menewaskan England, sudah pasti ia akan memberikan perasaan yang luar biasa.

“Belanda dan England agak seimbang, dari segi fizikal kami tidak terlalu ketara. Sebelum ini, kami beraksi pada hari yang sama dengan mereka, terpaksa melalui perjalanan juga seperti mereka. Saya tidak fikir keadaan fizikal menjadi penentu keputusan perlawanan ini,” katanya.

Koeman kembali ke pangkuan The Oranje buat kali kedua selepas dilantik sebagai pengendali pada 2023 dengan janji untuk mengembalikan formasi klasik 4-3-3 yang merupakan trademark Belanda sejak sekian lama.

Skuad yang dipilih Koeman untuk mengharungi kempen kali ini menyaksikan Belanda cukup solid di benteng pertahanan dengan gandingan empat pemain pertahanan yang memiliki ‘kimia’ menerusi gandingan Nathan Ake, Virgil Van Dijk, Stefen De Vrij dan Denzel Dumfries apabila hanya melepaskan lima gol dalam lima aksi setakat ini.

Kehilangan pemain tengah kreatif, Frenkie De Jong yang mengalami kecederaan ketika awal tiba di Jerman tidak merosakkan rancangan Koeman apabila Jerdy Schouten dan Tijjani Reijnders berjaya mengurangkan ‘kerinduan’ pengendali itu terhadap bintang Barcelona tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI