fbpx

[VIDEO] Tawar khidmat cuci longkang percuma, 10 sahabat digelar ‘hero’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SJB bergerak secara sukarela membersihkan longkang dan parit sekitar Johor Bahru. - Foto ihsan Mohd Karami

PETALING JAYA – Seramai 10 sahabat baik yang dikenali sebagai Squad Johor Bersih (SJB) menawarkan khidmat pembersihan longkang dan parit secara percuma di kawasan Johor Bahru.

Kehadiran mereka dianggap sebagai hero oleh penduduk sekitar kerana sanggup bermain kotor demi memastikan orang lain dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Ketua SJB, Mohd. Karami Rashid, 35, berkata, pasukannya adalah satu kumpulan sukarela ditubuhkan sejak Mei lalu yang memberi fokus kepada kerja pembersihan longkang dan parit tersumbat agar dapat atasi masalah banjir kilat di bandar raya itu.

Katanya, dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai pekerja pembersihan di Singapura, kesemua mereka terpanggil untuk berbakti kepada masyarakat dengan cara tersendiri.

“Kami ada tubuh kumpulan Telegram untuk penduduk sekitar buat aduan berkaitan kawasan tempat tinggal mereka yang terkesan dengan masalah longkang tersumbat.

“Kami tidak buat secara sepenuh masa, sebab kami semua kerja. Jadi akan ada beberapa kekangan. Bagaimanapun sekiranya kami cuti, dan kawasan tersebut perlukan pembersihan segera. Kami akan terus turun padang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Mohd. Karami, tindakan yang dilakukan SJB adalah demi memupuk kesedaran ramai untuk bersama-sama mengekalkan keindahan bandaraya Johor Bahru selain sebagai teguran kepada pihak tertentu agar tidak meremehkan isu longkang tersumbat.

“Sehingga kini kami sudah membersihkan lebih empat lokasi termasuk berhampiran jambatan Permas Jaya dan Taman Iskandar.

“Kos sepenuhnya ditanggung kami sendiri dan kami tak mengharap sebarang balasan atau ganjaran. Cukup sekadar saham akhirat buat kami kelak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau dan pasukan mengakui seronok melakukan kerja pembersihan.

“Aktiviti sukarela ini juga didorong oleh kesungguhan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menggerakkan dan melaksanakan inisiatif Johor Bersih. Beliau juga pernah turun padang bersama SJB,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

@_amyika_ Lagi dan lagi#johorbersih #majujohor❤️💙 #johor #familybb #kasiangkat #cupcut #trending #fyp #viral #fypmalaysia #tiktoksg🇸🇬 #kerajaanmalaysia🇲🇾 #kerajaanperpaduan #kerajaanmadani #anakjatijohor❤💙 #johordarultakzim #malaysiatiktok #malaysiasingapore🇸🇬🇲🇾 #anakjatijohor #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ ♬ original sound – AMYIKA CEO L

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI