fbpx

CIMB dinamakan Bank Runcit Terbaik di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital, CIMB Group, Shahul Hamid

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad (CIMB) dinamakan sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada Anugerah Institusi Kewangan Terbaik Alpha Asia Tenggara 2024.

Anugerah tersebut mengiktiraf kepimpinan CIMB dalam perbankan runcit, yang diterajui oleh tumpuannya dalam pengembangan digital berterusan, membolehkan Bank menyampaikan kecekapan kos lebih baik, prestasi perniagaan keseluruhan dan cadangan nilai pelanggan terbaik dalam kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital, CIMB Group, Shahul Hamid berkata, pihaknya berbesar hati melihat usaha inovasi jangka pertengahan hingga panjang dalam menangani keperluan pelanggan berjaya diterjemahkan kepada pengalaman perbankan lebih baik.

“Ini mendorong kami supaya kekal komited dalam perjalanan ini dan mengutamakan nilai berasaskan pelanggan dalam semua yang kami lakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara pencapaian Bank termasuk fokusnya dalam membina perniagaan melangkaui perbankan dengan mengembangkan cadangan produk dan akses kepada perkhidmatan kewangan digital.

Ia dicerminkan oleh aplikasi perbankan generasi baharunya, CIMB OCTO, memberikan ciri canggih yang dipertingkatkan dengan keupayaan AI (kecerdasan buatan) untuk menawarkan cadangan gaya hidup dan tawaran membeli-belah yang diperibadikan daripada peniaga serta pengalaman perbankan lancar.

Anugerah itu turut menggariskan proposisi produk tersendiri CIMB untuk pelanggan mewahnya, melalui CIMB Preferred yang telah menyaksikan pertumbuhan pelanggan baharu sebanyak 40 peratus tahun ke tahun pada November 2023. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI