fbpx

‘Jangan anggap kucing sekadar binatang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAISA tidak anggap 14 kucing kesayangannya sekadar haiwan.

PENYANYI Raisa mendedahkan, tanpa aktiviti nyanyian pun kehidupannya tidak pernah sunyi kerana sentiasa sibuk menguruskan 14 anak ‘bulus’ yang sudah seperti bahagian daripada keluarganyan.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, masanya diisi dengan melayani haiwan kesayangan andai tiada urusan di luar atau bekerja.

Katanya, si comel wajar dijaga dengan baik lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai banyak kucing sepertinya.

“Jangan anggap mereka sekadar binatang kerana haiwan juga boleh rasa tertekan jika tidak dijaga dengan baik.

“Andai sudah tidak mampu menjaganya, serahkan sahaja kepada individu terdekat yang mampu memastikan kebajikan haiwan tersebut dipelihara,” katanya.

Tidak hairan apabila kasih sayang Raisa terhadap si comel sentiasa dikongsikan dalam laman sosial agar menjadi ikutan peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI