fbpx

Speedy Tigers perlu segera baiki kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan menutup kempen Jelajah Eropah menentang Kelab Hoki Monchengladbach awal pagi esok. - MHC

SKUAD hoki lelaki kebangsaan digesa supaya memanfaatkan sepenuhnya aksi persahabatan yang diharungi sepanjang menjalani siri jelajah di Eropah bagi membentuk pasukan terbaik untuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik.

Bekas pemain hoki kebangsaan, Shahrun Nabil Abdullah berkata, keputusan-keputusan yang dicatatkan dalam jelajah Eropah setakat ini tidak menggambarkan kekuatan sebenar Malaysia, sebaliknya hanya mahu mengenal pasti keupayaan setiap pemain.

Ujar beliau, pasukan-pasukan yang ditemui Malaysia sepanjang siri jelajah tersebut memiliki jurang cukup besar, namun pemain-pemain perlu memanfaatkan peluang bagi membuktikan mereka layak berada dalam skuad negara.

“Sekarang jurulatih dalam membina semula pasukan baharu untuk merangka perjalanan ke Sukan Olimpik akan datang (Los Angeles 2028). Dalam persiapan seperti ini sudah pasti jurulatih akan guna pelbagai pemain untuk tengok kemampuan pemain.

“Kita kena tanya juga pihak pengurusan mungkin mereka sedang menguji pemain atau mencari formula baru untuk persiapan Olimpik. Kita tidak boleh terus menuding jari dan kalau ikutkan ranking memang kita ketinggalan,” katanya.

Terdahulu, skuad kendalian Sarjit Singh itu dikejutkan dengan kekalahan memalukan apabila dibelasah Jerman 1-10, sekali gus memberi tamparan hebat buat Speedy Tigers yang memasang hasrat beraksi di Olimpik 2028.

Justeru, Shahrun menyuarakan harapan supaya pemain-pemain muda negara dapat menyesuaikan diri dengan kadar segera.

“Bagi saya, dalam jelajah seperti ini, sekiranya kita mengalami kekalahan besar seperti 1-10 kepada Jerman, pemain-pemain perlu tahu apa yang perlu diperbaiki. Inilah sebab kita pergi ke jelajah sebegini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI