fbpx

Sidang DUN: NRREE adalah hak negeri – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan Perak akan bermati-matian mempertahankan sumber hasil bumi seperti nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di Perak sebagai hak negeri.

Bahkan kerajaan negeri tidak mahu aset itu dimiliki oleh kerajaan Persekutuan seperti mana melalui syarikat minyak negara, Petronas yang menguasai semua hak hasil petroleum dan sekadar memberikan royalti kepada negeri-negeri pengeluar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam beberapa mesyuarat dengan peringkat kerajaan Pusat, Perak telah menyatakan pendirian tersebut sebagaimana kerajaan negeri-negeri lain.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Pusat masih boleh bertindak sebagai penyelaras untuk menjayakan aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran hasil bumi tersebut.

“Semua akiviti yang berkaitan dengan pengekstrakan adalah merupakan hak kerajaan negeri. Kita bermati-matian mempertahankan supaya tidak “dipetronaskan NRREE ini,” katanya semasa menjawab soalan Razman Zakarian (Pas-Gunung Semanggol) berkenaan hak NRREE Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Saarani malah menyatakan komitmen terhadap NRREE dengan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan yang menggabungkan kepakaran tempatan dan antarabangsa untuk menjadi hab penyelidikan, inovasi serta pembangunan teknologi berkaitan nadir bumi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI