fbpx

Bomba, 14 malim gunung bawa turun pendaki Gunung Korbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang cedera akibat terjatuh ketika menuruni puncak Gunung Korbu semalam dibawa turun pada pukul 1.30 pagi tadi. - Foto JBPM

IPOH – Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh gaung ketika menuruni puncak Gunung Korbu di sini semalam, berjaya dibawa turun pada pukul 1.30 pagi tadi.

Mangsa berusia 35 tahun itu yang dibawa turun pada pukul 6 petang kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan untuk menerima rawatan lanjut.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menyertai 35 pendaki lain tergelincir ketika melintas dengan memeluk balak yang tumbang di tebing sungai menyebabkan dia terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran ketinggian 10 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.29 petang semalam.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun diketuai Ketua Balai, Mohd. Jamalludin Mat Yusop diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Operasi membawa turun mangsa berdepan kesukaran kerana keadaan yang gelap, melalui lereng bukit dan perlu menempuh anak sungai selain keadaan jalan yang licin ekoran hujan.

“Jarak lokasi mangsa berada dengan Pusat Kawalan Bomba adalah tujuh kilometer. Selain anggota bomba, operasi turut dibantu 14 malim gunung Perhutanan Negeri Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI