fbpx

Esok kerja, trafik sesak 16 km menuju Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak menuju Plaza Tol Gombak.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak berikutan pertambahan kenderaan sejak petang tadi berikutan berakhirnya cuti umum sempana Awal Muharam hari ini.

Menerusi Twitter Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Trafik setakat pukul 9.50 malam, laluan tersebut dilaporkan sesak sepanjang 16 kilometer (km) menghala ke ibu negara.

“Trafik perlahan dan sesak sepanjang 10 km dari Bentong hingga Lentang termasuk 6 km bermula dari KM26 sehingga Plaza Tol Gombak,” katanya sebentar tadi.

Sementara itu, aliran trafik di LPT 1 dan 2 dilihat lancar bagi kedua-dua hala.

Terdahulu, ramai yang mengambil peluang bercuti dan pulang ke kampung sejak Jumaat lalu bagi mengisi aktiviti hujung minggu dan cuti umum sempena Awal Muharam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI