fbpx

Wanita 90 kg jatuh gaung ketika turun Puncak Gunung Korbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDAKI wanita cedera selepas tergelincir dan terjatuh ketika menuruni Puncak Gunung Korbu dekat Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Seorang pendaki wanita cedera selepas tergelincir dan terjatuh ketika menuruni Puncak Gunung Korbu di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.29 petang itu, mangsa berusia 35 tahun yang menyertai 35 pendaki lain terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba berikutan kecederaan yang dialami.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd. Jamalludin Mat Yusop bersama 12 anggota dan Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa dengan berat 90 kilogram (kg) itu terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran kedalaman 10 meter semasa melintas dengan memeluk balak yang tumbang di tebing sungai.

“Seorang doktor daripada kumpulan lain yang turut menyertai aktiviti pendakian mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan patah namun kecederaan dalaman masih tidak dapat disahkan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jarak lokasi kejadian dengan tapak mula pendakian dianggarkan sejauh tiga kilometer dengan laluan trek mendaki dan curam selain mengambil masa hingga enam jam perjalanan.

“Dari lokasi mangsa terjatuh, pasukan penyelamat perlu menyeberangi tiga sungai dengan kelebaran 10 meter dan kedalaman pada paras betis,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI