fbpx

Dua beranak mangsa kereta terjunam dalam sungai ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Persona yang terbalik di dalam sungai di Simpang Empat, dekat Kangar semalam.

KANGAR – Seorang ibu dan anak lelakinya yang diselamatkan selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki terbabas ke dalam sungai di Kampung Permatang Bongor, Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Ampat di sini kini ditidurkan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, Nor Irma Wani Yaacob, 35, dan Muhammad Amsyar Mohd. Nur Afifi, 2, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Semalam (kelmarin), mereka dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF selepas menerima rawatan awal di lokasi kemalangan. Hari ini (semalam), saya dimaklumkan mereka ditidurkan di ICU HTF,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tiga sekeluarga nyaris maut selepas kereta Proton Persona yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik lalu terhumban dan terbalik ke dalam sungai.

Bagaimanapun, tindakan pantas penduduk berjaya mengeluarkan isteri dan anak lelaki pemandu yang terperangkap sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Siasatan awal mendapati pemandu kereta dipercayai terlelap sebelum kereta itu merempuh dua tiang elektrik dan terjunam ke dalam sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI