fbpx

Suri rumah boleh buat duit hantar parcel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Siapa kata suri rumah tidak boleh raih pendapatan tinggi?

Dengan hanya lakukan kerja menghantar ‘parcel’ atau bungkusan ke rumah-rumah sahaja sudah mampu meraih pendapatan lumayan sehingga beribu ringgit.

Menerusi hantaran di laman TikTok @kerjakosongexpress, dengan menghantar 3,862 bungkusan ‘parcel’ setiap bulan dengan kadar harga RM1.50 se unit tertinggi, sudah berjaya meraih pendapatan sehingga RM6,000 sebulan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati seorang pengguna @ctpinky84 mengaku bahawa dirinya meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan setelah setahun lebih berkecimpung dalam dunia penghantaran bungkusan.

Katanya dalam kesuntukan masa menguruskan anak-anak bersekolah, dia bermula dengan menghantar 30 unit bungkusan sehari, sehingga berjaya mencecah kira-kira 200 bungkusan paling banyak setiap hari.

“Alhamdulillah saya suri rumah, cuba buat secara sambilan. Pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus hantar bungkusan ‘parcel’. Waktu anak balik sekolah, kerja dah siap. Paling tinggi saya pernah dapat ialah RM7,400 sebulan.

“Namun bukan setiap bulan kencang macam tu, ada masa dapat banyak, ada masa dapat sikit. Tapi belum pernah lagi dapat bawah daripada RM3,000. Tengok juga pada jenis dan berat bungkusan yang dihantar,” ujarnya.

Selain itu, menurut seorang lagi pengguna @afumadosyahir, kerja penghantaran bungkusan memang boleh tawarkan gaji sehingga beribu ringgit, tapi kepenatan yang dirasai juga setanding dengan pendapatan.

“Pernah dapat RM10,000 sebulan. Masa tu pengguna boleh keluarkan duit KWSP, meriah sungguh pelanggan pakat membeli barang dalam talian. Tapi jangan tanya cuti bila, balik rumah bila. Rezeki nak kahwin Alhamdulillah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI