fbpx

‘Sudah sebulan Mak Ndak Rohani hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohani atau lebih mesra disapa Mak Ndak dilaporkan hilang sejak 9 Jun lalu dari kediamannya di Ayer Itam, George Town.

GEORGE TOWN – Polis meminta kerjasama orang awam membantu menyalurkan maklumat kehilangan seorang warga emas, Rohani Babu,63, atau lebih dikenali sebagai Mak Ndak dari rumahnya di Kampung Lembah Ria, Ayer Itam di sini, sejak 9 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, usaha menjejaki Rohani telahpun dilakukan pihak polis sejurus menerima laporan daripada ahli keluarganya sejak hampir sebulan lalu.

“Mengikut laporan, dia (Rohani) tinggal berseorangan di kediamannya serta mempunyai masalah hilang ingatan, sakit sawan dan pertuturan tidak jelas.

“Dia didapati tiada di rumah dan gagal dikesan, pihak polis telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencarinya namun sehingga hari ini masih gagal ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Razlam, wanita itu mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan.

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung Rohani agar menyalurkan maklumat berkenaan agar menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Zolkefli Mohd. Nor di talian 013-5951192 atau Balai Polis Bandar Baru 04-2824522.

Pada 21 Jun lalu, akhbar Kosmo! melaporkan seorang juruteknik, Mohd. Redzuan Rusli, 41, buntu apabila ibunya yang hilang sejak 9 Jun lalu belum dijumpai meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Berita kehilangan warga emas itu dimaklumkan ibu saudaranya kira-kira pukul 10 pagi dan semasa kejadian wanita itu dikatakan keluar hanya sehelai sepinggang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI